Dato’ Seri Amirudin Shari ketika menjawab soalan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di Bangunan Annex pada 26 Ogos 2021. Foto NAZIR KHAIRI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

237 premis langgar SOP cegah Covid-19 diarah tutup

SHAH ALAM, 26 OGOS: Sebanyak 237 daripada 2,457 premis yang diperiksa di negeri ini diarah tutup kerana tidak mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) pencegahan jangkitan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata jumlah berkenaan merangkumi 129 ditutup atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan 108 lagi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata daripada jumlah itu penutupan melibatkan 79 daripada 220 kilang yang diperiksa dan tempoh penutupan mulai 13 Julai hingga 23 Ogos lalu .

“Sebanyak 42 daripada jumlah premis ditutup dikenakan kompaun melakukan kesalahan ingkar SOP dalam sektor pembuatan.

“Arahan penutupan dikenakan terhadap 79 sektor pembuatan di bawah Seksyen 18(1)(f) disebabkan melakukan kesalahan major,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Amirudin berkata demikian selepas menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Sijangkang, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi mengenai berapa banyak kilang industri tidak mematuhi SOP Covid-19.

Beliau berkata arahan tersebut dikeluarkan selama tujuh hari dan pemilik industri turut diberikan arahan kerja serta penambahbaikan untuk diselesaikan dalam tempoh berkenaan.


Pengarang :