SHAH ALAM, 20 OGOS: Jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara terus meningkat kepada 23,564 kes hari ini berbanding 22,948 semalam.
Data dikongi ketua pengarah kesihatan menunjukkan kes di Selangor turun sekitar 200 kes kepada 6,974 berbanding 7,175 kes semalam.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Sabah dan Sarawak mencatat angka lebih 2,000 kes dengan masing-masing 2,738 dan 2,548.
Enam negeri masih mencatat angka melebihi 1,000 kes seperti berikut:
Kedah – 1,932
Kuala Lumpur – 1,652
Pulau Pinang – 1,523
Johor – 1,323
Kelantan – 1,281
Perak – 1,248
Sementara negeri dan wilayah lain kebanyakan menunjukkan jumlah lebih 500 kes seperti senarai di bawah:
Negeri Sembilan – 608
Melaka – 610
Terengganu – 521
Pahang – 517
Perlis – 64
Putrajaya – 24
Labuan – 1