SHAH ALAM, 7 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara menurun kepada 19,257 kes selepas merekodkan angka 20,000 selama dua hari berturut-turut.
Angka yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor turut mengalami penurunan kepada 7,084 kes berbanding 8,792 semalam.
Jangkitan di Kuala Lumpur kekal paras semalam iaitu 2,450 kes, manakala Kedah, Sabah dan Johor kekal kes empat angka iaitu masing-masing 1,514, 1,255 dan 1,182 kes.
Sementara itu, Perlis mengalami kenaikan jangkitan apabila merekodkan 41 kes berbanding sembilan semalam.
Pecahan kes di negeri dan wilayah lain seperti berikut:
Pulau Pinang – 959
Kelantan – 930
Negeri Sembilan – 884
Perak – 774
Pahang – 714
Sarawak – 573
Terengganu – 425
Melaka – 414
WP Putrajaya – 56
WP Labuan – 2