PBTSELANGOR

Pejabat bergerak MBSA mudahkan orang ramai bayar kompaun

SHAH ALAM, 1 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menggunakan pendekatan pejabat bergerak bertempat di Plaza Shah Alam di sini, esok bagi memudahkan orang ramai menyelesaikan kompaun tertunggak.

Agensi itu memaklumkan perkhidmatan lain yang turut disediakan menerusi Shah Alam On Wheels (SAOW) itu adalah boleh membuat aduan; membuat semakan dan bayaran cukai taksiran serta menyemak status lesen.

“Pengoperasian Pejabat Bergerak SAOW pada 2 Oktober (Sabtu) di Plaza Shah Alam, Seksyen 9 dari 11 pagi hingga 5 petang.

“Jangan bertangguh untuk menyelesaikan kompaun bersempena kempen pengurangan kompaun tempat letak kereta berjumlah RM10 dan juga 70 peratus. Jangan lupa temui kami di lokasi,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, MBSA menawarkan pengurangan kadar kompaun tempat letak kereta sebanyak RM10 selama sebulan mulai 1 Oktober.

Datuk Bandarnya Dato’ Zamani Ahmad Mansor berkata tawaran itu dilaksanakan sempena sambutan ulang tahun bandar raya Shah Alam yang ke-21.


Pengarang :