Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab soalan pada sidang Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas Tahun 2022 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 21 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Negeri salur lebih RM10 juta bantu peniaga terkesan bah

SHAH ALAM, 21 MAC: Lebih RM10 juta disalurkan sejak Januari lalu untuk membantu peniaga dan usahawan di negeri ini yang terkesan banjir, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan bantuan meliputi tawaran pinjaman Hijrah Selangor (Hijrah) bagi membaik pulih perniagaan selepas berdepan bencana besar.

“Kebanyakan peminjam merupakan pemilik gerai, kedai runcit dan bengkel kereta yang ingin menambah baik perniagaan pascabanjir. Tiada bantuan geran tetapi berbentuk pinjaman,” katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Kampung Tunku Lim Yi Wei berhubung jumlah peruntukan dan jenis bantuan kepada peniaga susulan banjir pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Mengulas pelaksanaan Bantuan Selangor Bangkit, Amirudin yakin agihan melalui pejabat daerah dan tanah kepada mangsa bah selesai hujung bulan ini secara berperingkat.

“Bantuan terkini disalurkan ialah RM108 juta dan berbaki 8,000 keluarga lagi. Bermakna kita perlukan RM8 juta untuk salurkan kepada mereka dan yakin selesai menjelang 31 Mac,” katanya.


Pengarang :