Keadaan aliran trafik menghala ke Kuala Lumpur di Lebuhraya Utara- Selatan ketika tinjauan pada 13 Januari 2021. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Aliran trafik lancar di lebuh raya utama pada tengah hari

KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Aliran trafik di semua lebuh raya utama bergerak lancar dan terkawal setakat 1 tengah hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik menuju ibu negara dan tempat-tempat lain turut lancar kecuali dari Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua kenderaan bergerak perlahan disebabkan kemalangan di KM130.

“Kita menjangkakan jumlah kenderaan akan meningkat menjelang petang kerana kebanyakan mereka sudah pulang ke ibu kota selepas mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk menyambut Ramadan pertama di kampung semalam,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik atau Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik.

– BERNAMA


Pengarang :