Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Datin Paduka Mastura Muhamad (dua,kiri) bersama timbalannya Dr Maszlee Malik (dua, kanan) bergambar bersama pengunjung sempena Majlis Perasmian Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit di Pustaka Raja Uda, Shah Alam pada 21 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Fasa endemik: Pustaka Raja Tun Uda rekod 2,000 pengunjung hujung minggu

SHAH ALAM, 21 APRIL:  Jumlah pengunjung Pustaka Raja Tun Uda di Seksyen 13, di sini kembali meningkat selepas peralihan endemik pada awal bulan ini.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berkata perpusatakaan itu merekodkan 2,000 pengunjung pada setiap hujung minggu berbanding hanya 400 orang sebelum ini.

“Sebelum pandemik melanda seramai 5,000 hingga 8,000 pengunjung pada hari minggu tetapi jumlah itu menurun kepada 400 orang. Alhamdulilah ia kembali meningkat kepada 1,500 hingga 2,000 orang.

“Kedatangan orang ramai pada hari biasa pula meningkat antara 700 hingga 1,000 pengunjung,” kata  Datin Paduka Mastura Muhammad kepada SelangorKini hari ini.

Katanya, tatacara operasi piawai (SOP) hanya mensyaratkan memakai pelitup muka dan mengimbas MySejahtera sebelum masuk ke perpustakaan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jom Baca Bersama 10 minit yang dirasmikan Timbalan Pengerusi PPAS, Dr Maszlee Malik di pekarangan parkir Pustaka Raja Tun Uda.


Pengarang :