SHAH ALAM, 3 APRIL: Jumlah jangkitan harian Covid-19 terus menurun kepada 14,692 kes semalam berbanding 17,476 kelmarin, dengan kes serius kekal rendah.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 99.46 peratus atau 14,613 orang dalam kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan).
“Daripada kes harian yang dilaporkan, sebanyak 79 kes atau 0.54 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5,” katanya dalam kenyataan.
Berikut pecahan kes mengikut kategori:
- Kategori 1: 8,557 kes (58.24 peratus)
- Kategori 2: 6,056 kes (41.22 peratus)
- Kategori 3: 27 kes (0.18 peratus)
- Kategori 4: 19 kes (0.13 peratus)
- Kategori 5: 33 kes (0.23 peratus)
Jumlah terkumpul jangkitan adalah 4,234,087 kes sejak dua tahun lalu.