AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Ribut petir, hujan dijangka landa Hulu Selangor, Gombak hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 25 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri lain termasuk Selangor sehingga 1 pagi esok.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut dijangka berlaku di negeri ini melibatkan daerah Hulu Selangor dan Gombak serta seluruh Pulau Pinang dan Labuan.

Manakala Kedah di Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Rompin) serta Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Keadaan sama diramal di Sarawak iaitu meliputi Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Miri (Marudi) dan Limbang diikuti Sabah (Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan)).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :