Sukarelawan menanam anak pokok Gutta Percha sempena Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2022 di Bukit Ekspo, Pusat Pertanian Putra Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Seri Kembangan pada 17 Mei 2022. Foto Facebook UPM
AGENSISELANGOR

UPM tanam 100 pokok `Gutta Percha’, simbolik pokok warisan negara

SHAH ALAM, 17 MEI: Universiti Putra Malaysia (UPM) menanam 100 anak pokok Gutta Percha sempena Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2022 di Bukit Ekspo, Pusat Pertanian Putra (PPP), Serdang hari ini.

Timbalan pengarah PPP berkata tanaman tropika itu ditanam 26 sukarelawan terdiri pelajar institusi berkenaan bagi meningkatkan kesedaran berhubung sejarah telekomunikasi negara selain menjadi pokok warisan di negara ini.

“Menariknya pokok Gutta Percha ini telah digunakan sebagai bahan penebat untuk kabel dasar laut pertama di dunia yang boleh didapati daripada pokok ini,” kata Prof Madya Dr Mohd Hezmee Mohd Noor dalam kenyataan.

Menurutnya, penanaman dilakukan serentak di 23 lokasi terpilih dalam negara membabitkan 5,017 anak pokok sekali gus menyokong kempen penanaman 100 juta pokok oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menjelang 2025.

“Program penanaman pokok Gutta Percha terbanyak ini merupakan  anjuran Yayasan Telekom Malaysia dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS),” katanya.

Pengarang :