Orang ramai beriadah sempena cuti Hari Wesak dan hujung minggu di pantai Floria Putrajaya pada 16 Mei 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

1,809 kes baharu, dua kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 2 JUN: Jumlah jangkitan harian Covid-19 kekal bawah paras 2,000 kes sejak seminggu lalu, dengan 1,809 kes dicatatkan semalam.

Berdasarkan data dikongsi menerusi https://covidnow.moh.gov.my pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,508,319 kes.

Data tersebut turut menunjukkan kes aktif Covid-19 turun kepada 23,048 kes berbanding 23,152  kes kelmarin.

Daripada jumlah kes aktif itu, sebanyak 22,052 kes menjalani kuarantin di rumah, 25 kes di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), 945 kes dirawat di hospital dan 26 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Selain itu, sebanyak 2,071 kes sembuh direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,447,682 kes.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara ketika ini pula sebanyak 60 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 5.6 peratus.

Data Covidnow menunjukkan dua kematian dilaporkan semalam dengan satu daripadanya berlaku di luar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik sebanyak 35,678 kes.


Pengarang :