Orang ramai mengunjungi pantai Batu Batu Ferringhi, Pulau Pinang bersama ahli keluarga dan rakan untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah pada 3 Mei 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Tujuh kematian, jangkitan harian kekal bawah paras 2,000 kes

SHAH ALAM, 1 JUN: Jumlah jangkitan harian Covid-19 kekal bawah paras 2,000 kes sejak 26 Mei lalu, dengan 1,451 kes dicatatkan semalam.

Berdasarkan data dikongsi menerusi https://covidnow.moh.gov.my pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,506,510 kes dengan 23,152 daripadanya kes aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, sebanyak 22,160 kes menjalani kuarantin di rumah, 19 kes di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), 945 kes dirawat di hospital dan 28 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Selain itu, sebanyak 2,071 kes sembuh direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,447,682 kes.

Data tersebut turut menunjukkan tujuh kematian dilaporkan semalam dengan tiga kes berlaku di luar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik sebanyak 35,676 kes.


Pengarang :