EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berucap ketika majlis perasmian program mekar kasih ibu tunggal Selangor 2022 di Hotel Glenmarie Resort, Shah Alam pada 2 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Gabungan ibu tunggal dilancar, beri sokongan kepada ahli

SUBANG JAYA, 2 JUN: Gabungan Persatuan Ibu Tunggal ditubuhkan di negeri ini bagi membantu pemberdayaan golongan berkenaan.

EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata inisiatif itu akan diperluas ke seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan manfaatnya yang besar.

“Gabungan ini akan jalin kerjasama strategik dengan Pusat Wanita Berdaya. Mereka juga bakal menerima geran secara sekali bayar untuk melaksanakan pelbagai program sesuai,” katanya.

Beliau melancarkan penubuhan itu ketika merasmikan Program Mekar Kasih Ibu Tunggal Selangor 2022 di sini hari ini.

EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud merasmikan majlis pelancaran gabungan Persatuan Ibu Tunggal Negeri Selangor di Hotel Glenmarie Resort, Shah Alam pada 2 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Sementara itu, Siti Mariah berharap supaya kelab dan persatuan ibu tunggal negeri ini memberi tumpuan kepada fasa konflik, pemulihan serta pemerkasaan yang dihadapi ahlinya.

“Cabaran semua fasa ini berbeza dan memerlukan sokongan berlainan. Jadi dengan hala tuju jelas, ia memberi manfaat serta pembangunan masa depan anak lebih cerah,” katanya.

 


Pengarang :