Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa negeri hingga jam 12 tengah hari ini.
AGENDANASIONAL

Lima daerah di Selangor, Putrajaya dijangka hujan hingga 9 malam

SHAH ALAM, 18 JUN: Lima daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga jam 9 malam ini.

Menurut amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ia turut membabitkan Putrajaya; Labuan; Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan; Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor; Miri dan Marudi di Sarawak serta Kuala Penyu, Sabah.

Kawasan lain adalah seluruh Pulau Pinang; Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak serta Tanah Tinggi Cameron di Pahang.

MetMalaysia berkata amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :