AGENDANASIONAL

MB ucap takziah pemergian penyanyi, pelakon Adibah Noor

SHAH ALAM, 18 JUN: Dato’ Menteri Besar Dato’ Sri Amirudin Shari mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi, pelakon dan pengacara Adibah Noor Mohamed Omar yang meninggal dunia petang tadi.

“Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orangg beriman. Kau, Terlalu Istimewa,” katanya di Twitter.

Berita kematian Adibah Noor, 51, di Hospital Gleneagles pada kira-kira 7.45 malam tadi, disahkan dan dikongsi oleh rakan-rakan artis menerusi media sosial antaranya Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid.

Penyanyi dan pelakon Ani Mayuni dilaporkan berkata Adibah pernah memberitahunya bahawa dia menghidap penyakit kanser namun meminta agar perkara itu dirahsiakan.

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediaman keluarganya di AU1, Taman Keramat Permai.


Pengarang :