Pengasuh melakukan aktiviti membaca bersama kanak-kanak ketika pelancaran Taska Anak Petugas Barisan Hadapan di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 18 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN Dusun Tua, MPKj anjur bengkel kemahiran, bantu pelajar hadapi masalah pembelajaran

SHAH ALAM, 13 JULAI: Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua menganjurkan Bengkel Menguasai Kemahiran 3M (Menulis, Membaca dan Mengira) pada 23 Julai dan 20 Ogos ini.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memaklumkan bengkel yang diadakan dengan kerjasama Ahli Majlis MPKj Zon 2 itu diadakan di Dewan Komuniti Suntex, Cheras mulai jam 9 pagi.

“Anak anda mempunyai masalah untuk membaca, mengira ataupun menulis. Kini anda tidak perlu risau lagi.

“Jom sertai program Read-Write-Count Siri 1 dan 2 anjuran pejabat ADN Dusun Tua serta Ahli Majlis MPKj Zon 2,” katanya di Facebook.

Menurut MPKj penyertaan bagi bengkel itu dibuka kepada pelajar berusia tujuh tahun dan ke atas serta terhad untuk 50 peserta terawal.

“Peserta akan mendapat modul, makanan pagi, tengah hari dan sijil penyertaan.

“Jadi ibu bapa jangan lepaskan peluang terbaik untuk membantu anak anda dalam pembelajaran,” katanya.

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian menerusi https://forms.gle/kBQ2dagdqsqxQDfE7 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Julai ini.


Pengarang :