AGENDANASIONAL

Aktivis KEADILAN hadir kongres parti meninggal dunia

SHAH ALAM, 16 JULAI: Seorang perwakilan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang menghadiri Kongres Nasional KEADILAN di IDCC di sini meninggal dunia di hotel penginapan malam tadi.

Setiausaha Agung KEADILAN berkata perwakilan itu dikenali sebagai Hasim Yusof dari Merbok, Kedah antara aktivis awal terbabit dengan perjuangan parti, lapor Berita Harian.

“Perwakilan ini datang dari jauh (dari) Merbok. Setibanya ke hotel penginapan beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Beliau meninggal dalam perjuangan,” kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menyampaikan ucapan aluan pada Kongres Nasional KEADILAN ke-16 hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan punca kematian itu.


Pengarang :