Petugas kesihatan Klinik Selcare melakukan ujian calitan ke atas peserta program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Alamanda Seksyen 20, Shah Alam pada 28 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jangkitan menurun ke paras bawah 4,000 kes, empat lagi terkorban

SHAH ALAM, 29 JULAI: Jangkitan harian Covid-19 kembali menurun ke paras bawah 4,000 kes dengan 3,926 direkodkan semalam.

Sementara itu, sebanyak empat kes kematian dilaporkan dengan satu kes direkod membabitkan kes BID atau kematian di luar fasiliti kesihatan.

Menurut laman CovidNow, perkembangan itu menjadikan kumulatif 4,668,139 jangkitan di seluruh negara sehingga tengah malam tadi dengan 35,946 nyawa menjadi korban.

Dalam pada itu, sebanyak 3,542 kes sembuh dilaporkan semalam, di samping 47,286 kes aktif ketika ini.

Daripada kes itu, 45,657 menjalani pengasingan di rumah, diikuti 1,539 dirawat di hospital dan 30 lagi ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19.


Pengarang :