Nur Izzatul Humaira Norshaharizal dan Puteri Nur Syifa Awaluddin ketika memenangi Pertandingan Ihtifal Kafa Kebangsaan (IKK) kali ke-7 yang berlangsung di Kota Bharu pada 24 Julai 2022. Foto Facebook Jais
AGENSISELANGOR

Dua murid dari Selangor menang pertandingan Ihtifal Kafa kebangsaan

SHAH ALAM, 26 JULAI: Dua kanak-kanak perempuan menjuarai acara khat kategori perempuan dan tempat ketiga acara bercerita kisah dari al-Quran dalam Pertandingan Ihtifal Kafa Kebangsaan (IKK) kali ke-7 yang berlangsung Ahad lalu.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memaklumkan dua pemenang terbabit ialah Nur Izzatul Humaira Norshaharizal dari Kafa Integrasi (Kafai) Ar-Rasyidin, Gombak dan Puteri Nur Syifa Awaluddin dari Kafai Al-Waani, Hulu Langat.

“Selangor berjaya mendapat johan bagi acara khat kategori perempuan dan tempat ketiga bagi acara bercerita kisah dari al-Quran dari empat acara yang dipertandingkan.

“Acara yang dipertandingkan ialah tilawah al-Quran, hafazan, khat dan bercerita kisah dari al-Quran,” tulisnya di Facebook.

Tambah Jais, Perak dinobat johan keseluruhan dalam pertandingan yang berlangsung di H Elite Design Hotel, Kota Bharu.


Pengarang :