AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Enam daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 6 petang

SHAH ALAM, 23 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 6 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di negeri ini di daerah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang serta seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Situasi sama diramal di Kedah iaitu kawasan Langkawi, Perak (Kerian Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron).

Ia turut melibatkan Negeri Sembilan di Seremban dan Port Dickson, Johor (Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) serta Sarawak (Limbang).

Manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) sehingga 7 malam.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :