Petugas Team Operasi Agihan Daerah Klang Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan cek cura bantuan penyelesaian baki akhir pinjaman perumahan kepada 25 keluarga asnaf di Perantau, Klang pada 21 Jun 2022. Foto Facebook LZS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS agih bantuan lebih RM300 juta antara Januari hingga April

SHAH ALAM, 19 JULAI: Lebih RM300 juta diagih Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada penerima layak antara Januari hingga April tahun ini.

Agensi itu memaklumkan sebanyak RM313,931,706 diagih menerusi pelbagai program itu bagi memastikan semua golongan dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

“Teruskan melaksanakan tanggungjawab berzakat anda melalui Lembaga Zakat Selangor. Kami akan sampaikan segala perkongsian anda bersama yang memerlukan dengan penuh ketelusan.

“Jom raih ganjaran dunia akhirat dengan taksir zakat di https://jom.zakatselangor.com.my sekarang,” katanya di Facebook.

Pada April lalu, Ketua Pegawai Eksekutifnya berkata lebih 63,000 keluarga asnaf fakir, miskin serta mualaf menerima bantuan sempena Ramadan dan Syawal yang diagih bermula 29 Mac.

Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata bantuan bagi meringankan beban golongan itu membabitkan peruntukan berjumlah RM28.7 juta.

Selain itu, agensi tersebut turut menyalurkan bantuan pendidikan pada awal tahun kepada 66,160 murid prasekolah hingga menengah dalam kalangan keluarga asnaf berjumlah RM32.6 juta.

LZS turut menyalurkan pelbagai bantuan kepada golongan memerlukan antaranya sara hidup, makanan, perlindungan dan perubatan


Pengarang :