Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Harapan Selangor di Kampung Permatang Tanjung Karang, Kuala Selangor pada 2 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MB: Negeri tidak muflis walau banyak bantuan diberi kepada rakyat

KUALA SELANGOR, 3 JULAI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menegaskan Selangor tidak akan muflis lantaran pelbagai inisiatif untuk kebajikan rakyat diperkenal.

Beliau menjelaskan pentadbiran yang berwibawa dan telus membolehkan negeri menjana pendapatan melebihi sasaran sekalipun banyak bantuan dihulur kepada orang ramai.

“Program kita sejak dulu selalu dituduh Umno Barisan Nasional akan bankrapkan negeri. Itu alasannya, buat itu bankrap, bagi Jom Shopping bankrap, bagi lembu korban bankrap.

“Kita buktikan dengan pentadbiran telus, bertanggungjawab, ada integriti. Hendak semak, hendak siasat silakan. Kidak ada kekangan. Kita pertahankan prinsip ini.

“Menerusi integriti, ketelusan inilah kita mampu beri balik kepada rakyat. Kita mampu jana pendapatan dan beri pelbagai inisiatif seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), saringan kesihatan dan banyak lagi,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor berucap dalam program Jelajah Harapan Selangor di Padang Kampung Permatang, Tanjung Karang di sini malam tadi.

Pada 19 Jun, Amirudin berkata rizab kewangan negeri berada pada tahap selesa iaitu lebih RM3 bilion meskipun Selangor berdepan bencana antaranya wabak Covid-19 dan banjir luar biasa.


Pengarang :