Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato’ Mahmud Abbas berucap dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 28 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

PKNS sasar organisasi berkelas dunia 2030, tanpa pinggir projek manfaat rakyat

SHAH ALAM, 29 JULAI: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merangka Wawasan 2030 untuk menjadi sebuah organisasi berkelas dunia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Mahmud Abbas berkata sudah tiba masa anak syarikat Kerajaan Negeri menetapkan wawasan itu sejajar dengan Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

“Alhamdulillah di PKNS ramai yang cerdik pandai, jadi dari sini kita buat satu wawasan bagaimana kedudukan, jumlah hasil dan keuntungan syarikat pada 2030.

“Selain itu, apa projek kepentingan rakyat yang perlu dibuat dan bagaimana PKNS boleh memastikan RS-1 dijayakan sepenuhnya,” katanya di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, malam tadi.

Berucap ketika majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), beliau turut meminta semua warga kerja berkongsi pandangan bagi merangka Wawasan 2030.

“Pada Isnin minggu depan, kita akan meraikan 58 tahun penubuhan PKNS. Sebelum ini kita melalui kepahitan dan di sinilah banyak cabaran yang akan datang.

“Justeru saya harap kakitangan dapat memberikan pandangan untuk kita sama-sama menuju Wawasan 2030,” katanya.

 


Pengarang :