Poster ‘Bunkface! 15 Years Of Korang’. Foto Facebook BUNKFACE
AGENDANASIONAL

Konsert 15 tahun Bunkface di Zepp KL hujung minggu ini

Oleh INTAN SYUHADA AKHIR

SHAH ALAM, 29 JULAI: Kumpulan punk rock terkenal Bunkface akan mengadakan konsert bagi mengenang 15 tahun penglibatan mereka dalam industri muzik tanah air akhir bulan ini.

Menurut penyanyi dan pemain gitar utamanya, Sam, persembahan dalam ‘Bunkface! 15 Years Of Korang’ di Zepp Kuala Lumpur jam 8 malam pada 30 dan 31 Julai menampilkan pelbagai lagu popular mereka.

“Alhamdulillah, perjalanan kami selama 15 tahun dalam memartabat muzik punk rock tetap diterima ramai dan kami akan terus berjuang sehingga akhirnya,” kata Sam.

Beliau turut menjelaskan Bunkface yang dianggotai Sam, Youk, Pa’an dan Biak juga mahu membuktikan mereka masih relevan dalam persada muzik tanah air masa kini.

“Apabila pengurus beritahu tiket konsert kami terjual habis, memang tidak sangka. (Ia) mencetus kerinduan buat peminat,” kata Sam lagi.

Tiket hari kedua konsert masih dijual. Layari www.hitmanlive.com untuk mendapatkannya.


Pengarang :