Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kiri) menyerahkan cek cura Program Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS) kepada wakil Majlis Peguam Malaysia di Jelajah Selangor Penyayang daerah Petaling di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 24 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor sedia dana RM1 juta bantu rakyat dapat khidmat guaman percuma

PETALING JAYA, 24 JULAI: Rakyat di negeri ini berpeluang mendapat nasihat guaman secara percuma menerusi Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS).

Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Peguam Malaysia dan Majlis Peguam Selangor itu membabitkan peruntukan RM1 juta.

“Kita dapati ramai miskin bandar di Selangor yang terdedah kepada kegiatan luar batas undang-undang. Jadi mereka boleh dapatkan nasihat guaman daripada The Selangor Bar (Majlis Peguam Selangor) melalui peruntukan ini.

“Mereka yang tidak mampu mendapat proses undang-undang secara adil sama ada (di peringkat) negeri mahupun persekutuan boleh memohon perkhidmatan ini,” katanya hari ini.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan Jelajah Iltizam Selangor Penyayang di sini, Amirudin berkata dana tersebut bawah kelolaan EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau dan perincian lanjut mengenainya dimaklumkan pada pertengahan Ogos.

“Kita harap hak dan kebajikan mereka yang terlibat akan terbela selepas ini,” katanya.


Pengarang :