Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, KL, Putrajaya dijangka alami hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 24 JULAI: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perak dan Perlis diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir hingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran bagi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah; Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang; Hulu Terengganu, Marang dan Dungun di Terengganu; Raub, Bentong, Pekan dan Rompin di Pahang serta Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan.

Kawasan lain adalah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor; Limbang, Sarawak serta Sipitang, Beaufort, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu dan Pitas di Sabah.

MetMalaysia mengeluarkan amaran itu apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Oleh itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :