Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Tujuh daerah di Selangor dijangka alami ribut petir, hujan lebat hingga 11 malam

SHAH ALAM, 25 JULAI: Tujuh daerah di negeri ini dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 11 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Seluruh Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah turut diramal berdepan cuaca yang sama.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya di Facebook.


Pengarang :