AGENDANASIONAL

Enam daerah di Selangor, KL, Putrajaya dijangka hujan hingga jam 2 petang

SHAH ALAM, 3 OGOS: Enam daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir hingga jam 2 petang ini.

Amaran oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) itu turut membabitkan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kawasan lain adalah Kuala Pilah dan Tampin di Negeri Sembilan; Alor Gajah, Melaka serta Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru di Johor.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :