PBTSELANGOR

Hadiah bernilai RM13,500 menanti pemenang pertandingan video MPAJ 

SHAH ALAM, 4 OGOS: Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan mencipta video pendek pelancongan anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

MPAJ menerusi perkongsian di Facebook berkata penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua.

“Pertandingan mencipta video pendek pelancongan ini bermula sejak 8 Jun lalu hingga 2 September ini.

“Video hendaklah memaparkan tempat-tempat menarik di bawah pentadbiran MPAJ,” katanya.

Pemenang tempat pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta sijil; naib johan RM3,000 dan sijil manakala tempat ketiga 2,000 serta sijil.

Tujuh pemenang sagu hati pula berpeluang memperoleh wang tunai RM500 beserta sijil.

Individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://forms.gle/TpTcQGneLMo6JqKL8 atau hubungi 012-6277210 (Kamil) dan 010-5343292 (Norhanim).

Maklumat lanjut berhubung pertandingan boleh diperoleh dengan mengimbas kod bar tertera pada poster di bawah.


Pengarang :