AGENDANASIONAL

Hujan lebat dijangka landa tujuh daerah di Selangor, KL, Putrajaya hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 23 OGOS: Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda tujuh daerah di Selangor hingga jam 11 pagi ini.

Menurut amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), tujuh daerah terbabit adalah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran MetMalaysia itu turut membabitkan Kuala Lumpur dan Putrajaya selain seluruh Pulau Pinang, Perlis serta Melaka.

Kawasan lain adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda di Kedah.

Bagi Johor, kawasan terbabit adalah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :