Keadaan motosikal milik konstabel polis yang maut selepas merempuh kereta di kilometer 2 Jalan Batang Kali-Genting Highlands pada 14 Ogos 2022. Foto ihsan pembaca
AGENDANASIONAL

Konstabel polis maut motosikal rempuh kereta di laluan selekoh

HULU SELANGOR, 14 OGOS: Seorang konstabel polis maut selepas motosikalnya merempuh kereta di kilometer 2 Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Mohd Zarif Affandi, 31, yang bertugas di Balai Polis Petaling Jaya meninggal dunia di lokasi kejadian akibat pendarahan dalaman, lapor portal Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata siasatan awal mendapati mangsa dari Petaling Jaya menghala ke Genting Highlands dipercayai terbabas ketika melalui selekoh.

“Mangsa dipercayai terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar kereta BMW dipandu seorang lelaki berusia 63 tahun. Pemandu BMW bagaimanapun tidak cedera.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Beliau meminta saksi atau mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu polis.

Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh kereta di kilometer 2 Jalan Batang Kali-Genting Highlands pada 14 Ogos 2022. Foto ihsan pembaca

Pengarang :