SHAH ALAM, 29 SEPT: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 2,445 kes semalam berbanding 1,552 kes pada hari sebelumnya.
Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah terkumpul sejak pandemik melanda negara sebanyak 4,837,005 kes dengan 24,713 daripadanya kes aktif.
Setakat semalam, 23,567 kes menjalani kuarantin kendiri,1,105 kes dirawat di hospital, 57 kes di unit rawatan rapi (ICU) namun tiada pesakit dimasukkan ke pusat kuarantin sementara.
Selain itu, kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara pula sebanyak 61.7 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 11.2 peratus.
Data menunjukkan dua kematian dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban akibat pandemik sebanyak 36,365 kes.