Sebahagian kanak-kanak mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna sempena Jelajah Selangor Penyayang daerah Petaling di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 24 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Daftar skim insurans mulai esok, usia seawal 30 hari hingga 80 tahun layak

SHAH ALAM, 30 SEPT: Rakyat negeri ini yang berusia seawal 30 hari hingga 80 tahun boleh memohon Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) mulai 1 Oktober 2022 hingga 30 September 2023.

Ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata mereka yang layak diminta mendaftar di aplikasi e-Wallet Wavpay yang boleh dimuat turun di Android Google dan iOS Apple.

Maklum Norita Mohd Sidek, menerusi skim tersebut setiap individu menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.

Perlindungan insurans am berkumpulan ini memberi manfaat kepada kira-kira enam juta rakyat Selangor melibatkan jumlah perlindungan bernilai RM60 billion yang ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata inisiatif tersebut dilaksanakan secara digital sepenuhnya menerusi Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd (Wavpay), salah sebuah syarikat dalam Kumpulan MBI yang bertindak sebagai pengendali perkhidmatan.

“Maklumat lanjut juga boleh didapati melalui pusat DUN dan penyelaras DUN negeri Selangor,” katanya.

Beliau turut memberitahu pihaknya sudah memberi taklimat mengenai skim insurans tersebut kepada ahli dewan negeri, penyelaras DUN dan Parlimen, hari ini.

“Selain MBI, turut menyampaikan taklimat ialah EXCO Pelaburan dan Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim dan pihak Wavpay,” katanya.

Program INSAN diumumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri pada 30 Ogos lepas, sebagai salah satu inisiatif  meringankan beban mereka yang dihimpit masalah.

 


Pengarang :