Logo SUKMA 2022
AGENDANASIONAL

Keluarga SUKMA lancar derma kilat bantu petugas ditimpa musibah

KUALA LUMPUR, 18 SEPT: Keluarga Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 menghulurkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada pemandu ambulans Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akibat kebakaran rumah keluarganya pada petang semalam di Merbok, Kedah.

Menurut kenyataan, sumbangan tersebut diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola temasya SUKMA Datuk Jana Santhiran Muniayan.

Ketika kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah keluarganya itu berlaku, Mohd Ishak Othman sedang bertugas di venue hoki SUKMA di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

“Keluarga Sukma juga mengambil inisiatif membantu Mohd Ishak dengan melancarkan tabung derma kilat bagi membantu meringankan beban keluarga beliau,” menurut kenyataan itu.

Semua pihak yang mahu memberikan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Mohd Ishak 151863199228 (Maybank). – BERNAMA


Pengarang :