Orang ramai membeli barangan keperluan harian ketika Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 18 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PKPS tambah kuantiti barangan di jualan murah, pastikan lebih ramai terima manfaat

GOMBAK, 18 SEPT: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menambah kuantiti barangan jualan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) bermula minggu depan.

Ketua pegawai eksekutif kumpulannya berkata pihaknya mendapati sebahagian daripada enam barangan boleh ditambah di sesetengah lokasi jelajah.

Ketua Pegawai Eksekutif PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi

“Antara barangan menunjukkan kecenderungan untuk ditambah seperti ayam, telur dan minyak. Oleh demikian, bermula minggu depan berdasarkan data dan kajian tersebut, kita akan lebihkan barangan yang laris.

“Ini adalah sebahagian usaha kita dalam memastikan lebih ramai rakyat menerima manfaat daripada jualan murah ini,” kata Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi kepada Selangorkini.

Terdahulu beliau meninjau program JER DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, di sini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pihaknya akan memastikan bekalan barangan dijual sepanjang jelajah tidak terputus.

“PKPS diberi mandat dalam memastikan barangan yang dijual bukan sahaja harganya murah tetapi dapat dinikmati semua rakyat.

“Kita sudah bersedia dan menjalin hubungan baik dengan pembekal industri sehingga Disember. Orang ramai tidak perlu risau dan datang ke jelajah kerana bekalan sentiasa ada,” katanya.

Orang ramai beratur bagi membeli barangan keperluan harian ketika Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 18 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Program jualan murah Kerajaan Negeri dikendali PKPS yang dilancar sempena sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri memperuntuk RM10 juta.

Bermula 6 September sehingga 6 Disember hadapan, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM6 per pek).

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk mengetahui lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :