EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim (enam, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) Yong Kai Ping (tujuh, kiri) bergambar bersama pemenang Program Pemecut Selangor (SAP) 2022 di One World Hotel, Petaling Jaya pada 17 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lima syarikat pemula pelbagai sektor terima dana kembang niaga RM50,000

PETALING JAYA, 17 SEPT: Sebanyak lima daripada 20 syarikat pemula niaga menerima pembiayaan RM50,000 dalam Hari Demo Program Pemecut Selangor (SAP) 2022 di sini hari ini.

EXCO perindustrian dan perdagangan berkata syarikat terpilih itu merangkumi sektor teknologi hijau, pertanian, kesihatan, kewangan, dan bandar pintar dengan masing-masing membawa pulang RM10,000.

Menerusi inisiatif kendalian Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Dato’ Teng Chang Kim berkata syarikat berkenaan turut menerima kredit Amazon Web Services bernilai USD5,000 (RM22677.50).

“Para pemenang juga berpeluang membuat ‘pitching’ bagi merebut peluang pelaburan daripada beberapa rakan kongsi strategik SAP 2022,” katanya ketika berucap dalam majlis di sebuah hotel di sini.

EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim (tengah) bergambar bersama panel dan pemenang Program Pemecut Selangor (SAP) 2022. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) Yong Kai Ping di One World Hotel, Petaling Jaya pada 17 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Terdahulu, kesemua 20 syarikat membentangkan kertas kerja sepanjang hari sebelum lima syarikat terbaik dipilih untuk menerima dana berkenaan.

Bertemakan ‘Sifar Bersih, Kelestarian dan Ekonomi Pekeliling’, SAP 2022 menerima 225 permohonan, peningkatan sebanyak 36.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Program itu menerima tajaan utama daripada Affin Bank Berhad, bersama rakan strategik Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Microsoft, Agrobank, dan lain-lain.


Pengarang :