Orang ramai yang hadir mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pagi 31 Ogos 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Kesatuan hati jadi sumber kekuatan luar biasa rakyat

SHAH ALAM, 16 SEPT: Kesatuan hati dan perpaduan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama terbukti menjadi sumber kekuatan terutama ketika berjuang melawan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata perpaduan yang dipupuk sejak sekian lama juga boleh diterjemah dalam pelbagai bidang kehidupan demi mencapai matlamat kemakmuran bersama.

“Kita boleh menarik nafas lega pada hari ini kerana keadaan hampir pulih seperti normal.

“Usaha untuk memulihkan ekonomi perlu digiatkan dengan lebih rancak,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam perutusan Hari Malaysia.

Beliau juga menambah usaha membentuk bangsa Malaysia moden bukanlah perkara yang mudah dalam tempoh enam dekad selepas negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, ada pengorbanan dan keputusan pahit yang terpaksa dilakukan sesuai dengan zaman demi membentuk pentadbiran demokratik dan berperlembagaan yang baharu.

“Ancaman komunisme dalam iklim Perang Dingin, ketegangan Konfrontasi yang dilancar Sukarno, tuntutan Filipina terhadap Sabah dan juga penolakan dalam negeri sendiri terhadap penubuhan Malaysia.

“Peristiwa 13 Mei menjadi parut dalam kehidupan bernegara ini,” katanya.

Amirudin bagaimanapun berkata banyak yang boleh dipelajari daripada peristiwa tersebut tentang bagaimana pemimpin terdahulu bertindak menyelamatkan perpaduan rakyat.


Pengarang :