ADN Seri Setia Halimey Abu Bakar ketika ditemui pada tayangan khas filem Air Force The Movie pusat beli-belah Citta Mall, Petaling Jaya pada 15 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

600 penduduk DUN Seri Setia terima bantuan RM300 sebulan

SHAH ALAM, 16 SEPT: Seramai 600 penduduk berpendapatan rendah (B40) sekitar DUN Seri Setia bakal terima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) berjumlah RM3,600 setahun.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Halimey Abu Bakar berkata inisiatif secara bayaran bulanan sebanyak RM300 itu mampu meringankan beban penerima terutama untuk perbelanjaan keluarga

“Bingkas akan meringankan beban belanja kepada keluarga yang kurang berpendapatan dan mempunyai tanggungan ramai. Setakat ini lebih 200 keluarga sudah mendapat manfaat.

“Saya sudah bertemu Dato’ Menteri Besar bagi memohon tambahan 200 penerima lagi kerana ramai penduduk memerlukan bantuan Bingkas ini,” katanya kepada SelangorKini.

Bingkas merupakan sebahagian daripada 44 insentif Iltizam Selangor Penyayang yang dilancarkan pada akhir Jun bakal memanfaatkan 30,000 keluarga membabitkan peruntukan RM108 juta.

Pada 1 Ogos, EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim memaklumkan bayaran Bingkas diagihkan menerusi e-dompet Wavpay bagi memudahkan penerima berbelanja.


Pengarang :