AGENDANASIONAL

Sabak Bernam, Kuala Selangor dijangka hujan lebat hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 20 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 10 pagi ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut dijangka di negeri lain melibatkan daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Situasi sama diramal di seluruh Pulau Pinang dan Johor selain Kedah melibatkan Langkawi, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang).

Manakala Sarawak pula di Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :