Kanak-kanak mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna sempena program Jelajah Selangor Penyayang di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 24 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jelajah bantuan rakyat 2.0 ke empat daerah lagi hingga November

SHAH ALAM, 14 OKT: Jelajah Selangor Penyayang fasa dua menjelajah ke empat daerah lagi bermula hari ini bagi memperkenal pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat.

Dijadual bermula jam 8 pagi, program yang dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari
berlangsung di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 14 dan 15 Oktober.

Dalam acara bertemakan Menjana Ekonomi Manusiawi, Amirudin dijadual menyerahkan Notis 5A di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin selain mengadakan program kenduri rakyat dan penggerak masjid.

Pada 22 dan 23 Oktober, jelajah akan diadakan di Padang Sultan Sulaiman, Klang bertemakan Membina Keluarga Penyayang manakala di KIP Sentral, Sepang pada 29 dan 30 Oktober – Menjamin Kehidupan Bermartabat.

Sementara pada 5 dan 6 November, acara tersebut dijadual berlangsung di Persiaran As Salam, Hulu Selangor bertemakan Membudaya Kesihatan Berkualiti.

Program yang sebelum ini berlangsung di lima daerah menyajikan pelbagai acara antaranya persembahan kesenian, saringan kesihatan percuma, jualan barangan asas murah dan pameran.

Sebelum ini, ia diadakan di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat, Stadium Utama Kuala Selangor, Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Padang Awam Batu Caves.


Pengarang :