Pelumba basikal lebuh raya para negara Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Mohamad Yusof raih gangsa kejohanan basikal trek para dunia

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Pelumba basikal lebuh raya para negara Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin berjaya membawa pulang gangsa menerusi acara ujian masa 1000 meter (m) C1 pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2022 di Perancis, semalam.

Pada pertandingan yang berlangsung di Saint-Quetin-en-Yvlines itu, Mohamad Yusof Hafizi, 25, mencatatkan 1 minit 14.860 saat (s).

Sam Ruddock dari Great Britain muncul juara dengan catatan masa 1:13.089s manakala pelumba Sepanyol Ricardo Ten Argiles melakukan 1:14.622s bagi kedudukan tempat kedua.

Pada hari pertama kejohanan Khamis lepas, Malaysia meraih pingat perak menerusi acara 750m pecut tandem berpasukan menerusi gandingan Nur Suraiya Muhamad Zamri dan Mohd Khairul Hazwan Wahab.

Kejohanan empat hari itu berakhir esok. – BERNAMA


Pengarang :