Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor menyerahkan sumbangan kepada salah seorang ahli Pertubuhan Bekas Tentera Tiada Pencen di pejabat penyelaras Parlimen Kuala Langat pada 20 Oktober 2022. Foto MBI
SELANGOR

Sumbangan tunai bukti Selangor prihatin bekas tentera

BANTING, 20 OKT: Sumbangan tunai RM300 kepada ahli Pertubuhan Bekas Tentera Tiada Pencen bukti Kerajaan Negeri peduli nasib bekas pejuang negara.

Pengerusinya Samion Berau berterima kasih kepada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI atas sumbangan diberikan kepada ahlinya.

“Kami terharu MBI ambil berat tentang pertubuhan ini dan membantu ahli yang tiada pencen. Sekurang-kurangnya sumbangan ini meringankan sedikit beban mereka,” katanya.

Razali Abdul, 65

Beliau ditemui pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan oleh Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor di pejabat penyelaras Parlimen Kuala Langat di sini, hari ini.

Bagi Razali Abdul, 65, selain gembira dihargai MBI, beliau juga dapat mengambil kesempatan berjumpa semula dengan bekas tentera lain pada majlis itu.

“Sudah tentu gembira bila ada pihak hargai kami, sumbangan ini melegakan kami dan seronok juga dapat jumpa kawan lama semula, ” kata bekas tentera udara itu.

Sementara Ab Rahim Mahmood, 64, pula berkata dia bersyukur menerima sumbangan tunai MBI yang disifatkan amat bermakna terutama kepada ahli yang sakit dan tiada kerja.

“Selepas terbabit kemalangan saya tiada upaya lagi untuk bekerja sebagai pemandu bas dan sekarang saya cari pendapatan sikit pandu kereta bawa budak ke sekolah.

“Sumbangan ini memberi kelegaan kepada kami yang tiada pencen ini,” katanya.

Ab Rahim Mahmood, 64

Pengarang :