Orang ramai hadir bagi melakukan semakan di kaunter di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya pada 19 Oktober 2022 menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Foto BERNAMA
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Rakyat di luar negara segera mohon undi pos, tutup 23 Oktober

SHAH ALAM, 20 OKT: Warganegara Malaysia termasuk pengundi di Selangor yang berada di luar negara diseru segera memohon undi pos untuk memilih dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Permohonan dalam talian untuk kategori tersebut (1B) dibuka hingga 23 Oktober. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui pautan https://www.spr.gov.my/ms/permohonan-undi-pos.

Kaedah memohon kategori 1B:

Syarat-syarat ditetapkan seperti berikut:

  • Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana bahagian pilihan raya
  • Bermastautin di luar negara

Syarat-syarat kelayakan pengundi pos kategori 1B yang dilaksanakan sebelum ini telah dimansuhkan:

  • Bermaustatin di luar negara kecuali Wilayah Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia
  • Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan Negeri yang sedang berkuat kuasa

Orang ramai juga boleh menghubungi talian 03-88927018/03-88880040 atau aplikasi MySPR Semak. Semakan dibuat mulai 31 Oktober 2022 (Isnin).

SPR menetapkan 19 November sebagai hari mengundi, penamaan calon (5 November), pengundian awal (15 November). Tempoh berkempen selama 14 hari.



Pengarang :