SHAH ALAM, 11 Nov – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hari ini menyenarai kawasan berisiko banjir kilat jika hujan lebat berterusan.
Dalam kenyataan setakat jam 3 petang, beberapa lokasi di Petaling dan Klang di Selangor berkemungkinan dilanda bencana tersebut selain sebahagian lagi di ibu negara.
Di Petaling, kawasan itu ialah TTDI Jaya, Seksyen 13, Shah Alam; Lebuhraya Besraya, Jabatan Pertanian Serdang, Sri Kembangan dan kawasan sekitar.
Di Klang pula, Kampung Delek, Taman Petaling, Taman Saujana, Batu 8 Jalan Bukit Kemuning, Pandamaran dan kawasan sekitar.
Kuala Lumpur pula melibatkan Bulatan Dato’ Onn – Bank Rakyat, Jalan Chow Sow Lin; Pekan Salak Selatan, Razak Mansion, Jalan Loke Yew; Universiti Malaya, Kampung Pantai Dalam dan kawasan sekitar.
Untuk maklumat lanjut termasuk keadaan di negeri lain, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my , Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir.