Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barang keperluan asas murah menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Gombak Setia di Masjid Al-Shariff, Gombak pada 2 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hujan renyai tidak halang lebih 300 warga Gombak Setia dapatkan barangan murah

Oleh SHAMZ JOHAN

GOMBAK, 2 NOV: Hujan renyai sejak pagi tadi tidak menghalang lebih 300 penduduk Gombak Setia hadir ke jualan barangan asas murah di Kampung Simpang Tiga di sini.

Pegawai Operasi Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia berkata program kali ke-11 di DUN berkenaan terus mendapat sambutan amat menggalakkan.

“Sambutan baik dan amat menggalakkan di setiap tempat. Ramai pengunjung puas hati dengan harga barang yang ditawarkan,” kata Din Yahya.

Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barang keperluan asas  murah menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Gombak Setia di Masjid Al-Shariff, Gombak pada 2 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Menurut beliau, beberapa penambahbaikan telah dirancang termasuk persediaan menampung pertambahan pengunjung di lokasi program akan datang.

“Kita merancang untuk membuat program berskala besar pada hujung minggu kerana menjangkakan sambutan lebih hangat. Ramai yang akan ambil kesempatan sempena cuti hujung minggu,” katanya.

Program yang bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut ditawarkan ikan kembung pada harga RM6 setiap pek, minyak masak (RM25 sebotol) dan beras 5 kilogram (RM10).

Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Gombak Setia di Masjid Al-Shariff, Gombak pada 2 November 2022 mendapat sambutan amat menggalakkan apabila dihadiri lebih 300 penduduk . Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10 juta bagi mengerakkan program berkenaan di 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember melibatkan 160 lokasi.

Bermula hari ini, program jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diperluas ke dua lagi lokasi yang menjadikannya 11 lokasi setiap hari.

Inisiatif bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang dijangka memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

 


Pengarang :