Ahli Dewan Negeri Kinrara Ng Sze Han (depan, tengah) bersama Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Johary Anuar (depan, kiri) melihat laluan yang akan dinaik taraf selepas sidang media projek pembinaan laluan baharu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Puchong Jaya, Subang Jaya pada 13 Mei 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Tujuh jalan utama di DUN Kinrara disenggara, siap Disember ini

SHAH ALAM, 2 NOV: Tujuh jalan utama sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara diselenggara secara berperingkat mulai Oktober hingga hujung tahun ini.

Wakil rakyatnya Ng Sze Han memaklumkan projek turapan jalan bernilai RM6.3 juta menggunakan dana Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).

“Kerja turapan dijangka selesai tahun ini. Bagi jalan melibatkan pemasangan paip Langat 2, turapan penuh akan dibuat selepas projek pemasangan paip di tapak selesai,” katanya di Facebook.

Berdasarkan jadual yang dikongsi, projek yang bermula serentak pada 13 Oktober lalu mengambil masa sekitar sebulan untuk disiapkan.

Butiran lanjut seperti berikut:

 

 


Pengarang :