Petugas Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menangkap haiwan ternakan terbiar yang dilepaskan di kawasan larangan pada 28 Oktober 2022. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

MPKL tangkap haiwan ternakan terbiar yang dilepaskan di kawasan larangan

Oleh Fuad Hadinata Yaacob

SHAH ALAM, 3 NOV: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menjalankan operasi menangkap haiwan ternakan terbiar di Kampung Fatimah, Jalan Emas 25, Bandar Sungai Emas selepas menerima aduan penduduk.

Pegawai Penguat kuasa MPKL melakukan tinjauan pada 28 Oktober 2022 dan mendapati beberapa ekor lembu dilepaskan di kawasan larangan.

“MPKL menangkap dan menyita dua lembu mengikut Peruntukan 4, Enakmen Mengawal Lembu Kerbau, MDKL 1971 iaitu memelihara atau menyimpan lembu di dalam kawasan larangan.

“Kuasa menangkap di bawah Peruntukan 4(1)(A), di bawah Enakmen Lembu Kerbau 1971 Yang Sama,” katanya di Facebook hari ini.

Untuk pertanyaan lanjut atau aduan berkaitan, boleh menghubungi Jabatan Penguatkuasaan MPKL melalui talian atau Whatsapp 012-300 4217.


Pengarang :