Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
SHAH ALAM, 4 NOV: Enam jalan sekitar pusat penamaan calon pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Shah Alam dan Kota Raja ditutup bermula malam ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata penutupan dari 10 malam hingga 5 petang esok bagi acara di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19.
“Jalan yang ditutup bermula Persiaran Jubli Perak dari arah bulatan menghala Bulatan Megawati, Jalan Gelora 19/46, Jalan Nelayan A 19/A dan Jalan Nelayan 19/B,” katanya dalam kenyataan.
Bagi Parlimen Kota Raja, acara diadakan di Dewan MBSA Seksyen 32 dan laluan yang ditutup iaitu Jalan Sungai Terap 32/173 dan Jalan Kemuning Damai 32/151.
Pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif dan penduduk setempat dinasihati mematuhi arahan pegawai bertugas di lokasi.