SERDANG, 29 NOV: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan mengurniakan sijil kepada 836 graduan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 di sini hari ini.
Tengku Amir Shah yang juga Pro Canselor universiti menyerahkan sijil kepada pelajar peringkat Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana , Sarjana Muda dan Diploma dari pelbagai bidang pengajian.
Antara penerima merupakan graduan Fakulti Pendidikan, Teknologi Makanan, Kejuruteraan Perisian, Sains dan Teknologi Kayu, Pendidikan Sains Pertanian, Sains Kimia dengan Pendidikan dan Pentadbiran Perniagaan.
Sempena istiadat yang berlangsung dari 26 hingga hingga 2 Disember, seramai 6,092 pelajar menerima sijil masing-masing di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan salahuddin Abdul Aziz Shah.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan sijil kepada 718 graduan pada hari pertama istiadat.