Oleh DIANA ABD WAHAB
PUNCAK ALAM, 3 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan mengkaji semula cadangan menaikkan kadar haddul kifayah atau garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf seperti diumumkan sebelum ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata lembaga telah mencadangkan haddul kifayah semasa RM2,734 dinaikkan kepada RM2,990 pada awal tahun ini.
“Namun melihat kepada impak pasca pandemik dan kesan peningkatan harga barang serta kos sara hidup LSZ buat kajian semula ada kemungkinan jumlah agihan tak tepati situasi pada masa sekarang.
“LSZ buat kajian berterusan tak tunggu krisis atau pandemik. Kajian ikut keperluan masyarakat di Selangor cuma kena buat sekali lagi memandangkan keperluan berubah merujuk kepada situasi semasa,” katanya.
Biarpun kadar haddul kifayah belum disemak semula namun LSZ menyantuni golongan fakir miskin secara langsung dan segera menerusi program Zakat Selangor Peduli dengan peruntukan berjumlah RM77 juta tahun ini.
Bantuan kelangsungan hidup secara ‘one off’ kepada golongan sasar dilaksanakan berikutan peningkatan keperluan hidup.